Saturday, June 25, 2011

Fenomena FB!!!!!!!!!!











Tanyalah pada semua terutama anak muda di sekeliling kita.... Semuanya tahu tentang FB. Malahan kanak-kanak seusia 6, 7 tahun adakalanya sudahpun memiliki akaun FB masing-masing.


Dengan FB, kebanyakan anak-anak kita dapat saling berkenalan dengan rakan baru dari serata dunia di samping terus mengekalkan hubungan dengan teman-teman yang sedia ada. Mereka dapat mengikuti perkembangan kegiatan masing-masing dan berkongsi cerita suka dan duka bersama. Saling menatap potret yang mengungkapkan seribu satu kenangan buat diri masing-masing.


Apalah jadi agaknya jika.... tiba-tiba FB ghaib?.... huru hara dunia agaknya ya.... hehe....



Apa boleh buat.....

Dunia sekarang dunia ict, dunia internet, dunia tanpa sempadan. Segala isi maklumat berada di hujung jari masing-masing. Hanya hendak dengan tidak sahaja untuk mendapatkan maklumat itu. Moga generasi muda masa kini dapat mempergunakan kemudahan yang ada pada masa kini untuk manfaat kehidupan mereka pada masa akan datang.


No comments:

Post a Comment