Saturday, June 25, 2011

Tetamu Tak Diundang.

Aku baru sahaja didatangi tetamu.
Dia datang sendirian mengetuk-ngetuk pintu kehidupan.
Kerusi yang didudukinya masih hangat dan desir angin ketika pergi masih terapung di udara.
Dia pergi tanpa meminta diri, membawa ayahku bersama.
Tetamu tidak ada seorang pun mampu menolaknya.
Tetamu yang mampu membuatkan semua jantung, hati dan pandangan mata malah raja sekalian raja pun goyah dan bertekuk lutu.
Tetamu yang paling ditakuti umat manusia sepanjang zaman.
Tetamu menghisap segenap udara kehidupan.
Tetamu yang baru pergi dari rumahku itu bergelar...... kematian.

petikan daripada novel "Ranah 3 Warna"
karya "A.Fuadi"


Fenomena FB!!!!!!!!!!











Tanyalah pada semua terutama anak muda di sekeliling kita.... Semuanya tahu tentang FB. Malahan kanak-kanak seusia 6, 7 tahun adakalanya sudahpun memiliki akaun FB masing-masing.


Dengan FB, kebanyakan anak-anak kita dapat saling berkenalan dengan rakan baru dari serata dunia di samping terus mengekalkan hubungan dengan teman-teman yang sedia ada. Mereka dapat mengikuti perkembangan kegiatan masing-masing dan berkongsi cerita suka dan duka bersama. Saling menatap potret yang mengungkapkan seribu satu kenangan buat diri masing-masing.


Apalah jadi agaknya jika.... tiba-tiba FB ghaib?.... huru hara dunia agaknya ya.... hehe....



Apa boleh buat.....

Dunia sekarang dunia ict, dunia internet, dunia tanpa sempadan. Segala isi maklumat berada di hujung jari masing-masing. Hanya hendak dengan tidak sahaja untuk mendapatkan maklumat itu. Moga generasi muda masa kini dapat mempergunakan kemudahan yang ada pada masa kini untuk manfaat kehidupan mereka pada masa akan datang.


Friday, June 24, 2011

Kursus Penulisan Blog




Selama dua hari bermula dari 25hb dan 26hb Jun 2011, saya akan mengikuti kursus penulisan blog di Kolej Komuniti Ledang. Kursus ini anjuran daripada Kementerian Belia dan Sukan Daerah Muar dengan kerjasama daripada Kolej Komuniti Ledang.

Dengan mengikuti kursus ini, saya berharap dapat mendalami ilmu membuat blog dengan lebih baik lagi dan dapat mencantikkan lagi blog saya. Saya wakil daripada PKRM Bakri amat menghargai usaha yang dilakukan oleh pihak pejabat belia ini bagi menaikkan lagi taraf pengetahuan ICT di kalangan belia di Muar. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih banyak celik ICT di kalangan seluruh masyarakat Malaysia.




1Malaysia 1Belia Celik ICT